no comments

10 Wefie Yang Berakhir Dengan Tragis… No 4 Memang Tak Dijangka langsung

Sama ada ia adalah satu perkara yang baik mahupun buruk, generasi kita kini menjadi generasi yang obses dengan kamera. Swafoto, swafoto bersama (wefie) dan sebagainya menjadi kegilaan manusia pada zaman ini berikutan pengenalan teknologi telefon pintar dengan kemudahan kamera canggih.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan kepada anda 10 gambar swafoto bersama haiwan yang diambil sebelum insiden mengerikan berlaku kepada mereka. Dengan ini, anda mungkin akan berfikir sejenak sebelum bergambar dengan haiwan.

#1 Bergaya bersama buaya besar

Johnny Bonde, 27 tahun merupakan pengembara yang gemarkan persekitaran kehidupan liar di Australia. Namun, dia telah menerima satu pengajaran yang cukup menyakitkan apabila buaya yang dipeluknya dalam gambar ini telah menerkam lengannya sekali gus meninggalkan kesan kecederaan yang sangat serius.

“Saya sangat terkejut apabila buaya itu menggigit lengan saya. Inilah hasil atas tindakan saya yang bodoh”.

#2 Meluncur bersama jerung

Seth Mead sedang melakukan aktiviti meluncur di Pantai Oregon sebelum dia terlihat kelibat seekor jerung putih yang agak besar.

Jerung tersebut kemudiannya menyebabkan Seth terjatuh ke dalam air dan terus menggigit kedua-dua kaki Seth. Nasib baik jerung tersebut terus meninggalkannya dan tidak membaham Seth yang dikatakan mengalami kecederaan yang teruk pada perut dan kaki

#3 Misi penyelamatan bertukar tragedi ngeri

Lelaki ini telah terjatuh ke dalam kawasan harimau putih di Taman Zoo Negara Delhi, India.

Harimau ini dikatakan hanya merenung mangsa selama lebih daripada 15 minit tetapi apabila pelawat lain mula membaling batu kepada harimau tersebut dalam cubaan untuk menyelamatkan mangsa, harimau ini terus bertindak ganas dan menyerang lelaki tersebut.

Gambar hiasan

#4 Melekat!

Selepas berenang di lautan Australia, lelaki ini menyedari terdapat seekor sotong Cincin Biru (Blue Ringed Octopus) melekat pada belakang badannya.

Sengatan haiwan ini boleh mengakibatkan kesan yang teruk seperti kebas, kesukaran untuk bernafas dan sebagainya. Nasib baik, haiwan ini berjaya dialihkan dengan selamat tanpa menyebabkan sebarang insiden yang tidak diingini.

#5 Lihat di belakang anda!

Kedua-dua pemburu ini kelihatan begitu bangga dengan anak beruang hitam yang ditembak mereka. Namun begitu, mereka tidak menyedari terdapat seekor beruang hitam dewasa yang sedang mememerhatikan mereka di belakang. Anda mungkin tidak mahu tahu apa yang terjadi seterusnya…

#6 Ikan lumba-lumba mati kerana swafoto

Ini merupakan salah satu insiden yang paling tragis. Pengunjung pantai telah menemui seekor anak ikan lumba-lumba dan berebut-rebut untuk mengambil swafoto bersama hidupan laut tersebut sehingga ianya mati.

Persatuan Hidupan Liar Argentina telah mengeluarkan kenyataan untuk meminta orang awam supaya “meletakkan semula hidupan laut ke dalam laut sekiranya mereka ditemui terdampar di pantai”.

#7 Diheret ke dalam air sehingga mati lemas

Pelatih ikan paus, Dawn Brancheau dikatakan telah diheret masuk ke dalam air oleh seekor ikan paus orca bernama Tilikum. Haiwan yang sama turut dikatakan pernah menyebabkan kematian dua lagi pelatih yang lain sebelum ini.

#8 Unta yang kelaparan

Insiden ini berlaku di sebuah taman safari terletak di Virginia. Menurut laporan, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun telah digigit oleh unta ini semasa sedang mendapatkan makanan daripada kanak-kanak tersebut.

#9 Kematian burung swan yang berpunca daripada sikap manusia

Burung swan yang malang ini mati selepas ditarik oleh wanita tersebut yang ingin mengambil gambar secara paksa dengannya. Kejadian berlaku di Tasik Ohrid, Macedonia.

#10 Ingat lagi Harambe?

Gorila bernama Harambe ini telah ditembak mati setelah seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun terjatuh ke dalam kawasan haiwan tersebut di Zoo Cincinnati.

Menurut laporan, kanak-kanak tersebut memberitahu ibunya bahawa dia ingin mandi di dalam tasik tersebut. Orang ramai menyalahkan kedua ibu bapanya kerana mengabaikan tanggung jawab dalam menjaga anak mereka.