no comments

29 Masalah Yang Sering Dihadapi Oleh Wanita Berpunggung Besar

Sekiranya anda merupakan seorang yang memiliki punggung yang besar, pasti anda memahami masalah-masalah yang terdapat dalam senarai berikut. Jika tidak, lihat dan baca sahaja untuk lebih memahami rakan-rakan anda yang seperti ini juga.

1. Purata lebar dada kepada lebar pinggang yang berbeza membuatkan mereka tidak muat bahagian atas jubah ataupun pakaian ‘dress’ yang muat biasa sahaja pada badan orang lain.

2. Mencari seluar yang betul-betul muat? Hampir mustahil. Bahagian punggung mungkin dapat muat, tetapi bahagian pinggang pasti longgar. Cara penyelesaiannya? Tali pinggang sahaja.

3. Seluar yang muat pada kaki, TETAPI tidak dapat mencecah lebih dari peha.

4. Mungkin juga ada seluar yang betul-betul muat. Tetapi berkemungkinan besar seluar itu tidak dapat bertahan lama.

5. Pelakon dan peragawati Kim Kardashian mempunyai cara penyelesaian tersendiri, tetapi tidak semua orang berkemampuan seperti dirinya.

6. Antara masalah yang dihadapi termasuklah mencuba untuk duduk pada kerusi kelas yang mempunyai meja lipat kecil seperti ini.

7. Kadang-kala, punggung menjadi penyebab barang-barang jatuh dan pecah.

8. Kadang-kala, orang juga dapat mengecam anda dari belakang.

9. Seluar ketat ataupun ‘leggings’ nampak biasa sahaja pada kaki, tetapi terlalu tegang pada bahagian punggung.

10. Perasaan kurang selesa apabila seseorang jalan di belakang semasa menaiki tangga

11. Sukar memakai seluar pendek kerana terlalu pendek sehingga menampakkan punggung. Jika tidak, pinggan pula yang sukar ditutup.

12. Punggung anda dijadikan sebagai bantal.

13. Kadang-kala dijadikan sebagai ‘meja’ juga
14. Orang lain gemar membandingkannya dengan objek besar yang berbentuk bulat, seperti planet, bintang dan lain-lain lagi.

15. Terdapat orang yang menyanyikan lagu tentang bahagian badan tersebut kepada anda

16. Seluar dalam mudah terpapar secara tidak sengaja semasa pergerakan melenturkan badan kedepan atau kebawah.

17. Anda mungkin kurang selesa dengan gambar yang diambil dari belakang.

18. Pada belah atas, fokus gambar adalah pada pasangan tersebut, tetapi setelah melihat keseluruhan gambar, fokusnya pada perkara lain pula.

19. Sukar berkongsi tempat duduk.
20. Siulan menyindir ataupun gangguan daripada individu ‘gatal’.

21. Kawasan sempit merupakan musuh punggung anda.

22. Panjang pakaian ‘dress’ ataupun skirt biasa sahaja pada bahagian depan, manakala terlalu pendek pada bahagian belakang.
23. Jangan sesekali menyandar pada tiang dalam MRT, LRT atau mana-mana tren.

24. Kadang-kala anda akan tersekat atau pada kerusi yang terlalu sempit.

25. Tempat duduk pada basikal terlalu kecil.
26. Tidak dapat membeli baju mandi ‘two-piece’ kerana helaian bawah mungkin terlalu kecil ataupun helaian atas terlalu besar.

27. Sukar memakai seluar berwarna cerah ataupun yang bercorak kerana tahut manarik perhatian orang.

28. Punggung anda lagi banyak dapat perhatian orang berbanding diri anda.
29. Akhir sekali, jika anda mula merungut atau mengadu, anda dilabel individu yang tidak bersyukur kerana ramai orang lain yang ingin mempunyai punggung seperti anda punya juga.