no comments

ANDAI SAYA TIADA LAGI MAAFKAN SAYA .. SYAMIL SESEOLAH TAHU AJAL NYA DIA MAUT KEMALANGAN (10GAMBAR)

Hulu Langat : Seorang pemuda maut apabila motosikal yang ditunggangnya telah terlibat dalam kemalangan di jambatan sg michu tengahari tadi.

Muhamad Syamil Shaharudin,24, maut ditempat kejadian impak kemalangan terbabit, mangsa seorang insan yang baik dan disenangi rakan-rakan serta keluarga.

Apa yang paling keluarga dan rakan-rakan nya terkejut perangai arwah syamil agak pelik kebelakang ni yang mana dia banyak menulis luahan sayu dan perasaan sedih dilaman sosialnya.

Pada 03 november lalu moment yang paling menyentuh hati ditulis dilaman sosial nya berbunyi ” Andai Saya Tiada Lagi Maafkan Saya ” rata-rata rakan arwah terkejut dengan apa yang ditulis arwah.

Namun mereka tidak lah mengambil kisah sehinggalah hari ini baru mereka tahu arwah syamil seseolah sudah tahu yang dia akan pergi buat selamanya dijemput ilahi.

Apa yang berlaku mengundang pilu rakan-rakan dan keluarga, punca sebenar kejadian kini disiasat oleh pihak berwajib.

Semoga roh syamil dicucuri rahmat dan bersama insan-insan yang diredhai oleh yang maha esa, kini Syamil betul-betul pergi dijemput ilahi. Al fatihah.