no comments

Gempar!! Captain Mh370 Yg Hilang 3 Tahun Lepas Menghantar Mesej Whatsap Kepada Seorang Wanita Ini Mengatakan Yg Dia Sedang .

Juruterbang MH370 berbalas WhatsApp dengan wanita

KUALA LUMPUR: Juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 dikatakan berbalas mesej melalui aplikasi WhatsApp dengan seorang wanita dua hari sebelum pesawat itu dilaporkan hilang pada 8 Mac 2014.

Portal berita The Australian melaporkan, Kapten Zaharie Ahmad Shah dikatakan rapat dengan bekas guru yang kini bekerja dengan parti pembangkang, Fatima Pardi selepas bertemu ketika Pilihan Raya Umum lalu.

Dalam temu bual bersama portal berita Australia itu, Fatima bagaimanapun enggan mendedahkan kandungan mesej antara dia dan Zaharie.

“Perbualan terakhir itu hanya antara saya dan dia. Saya tidak mahu bercakap mengenainya.

“Saya bimbang jika apa yang saya katakan disalah faham kerana ia perkara peribadi, isu persendirian,” katanya.

Zaharie menjadi sasaran teori dan spekulasi pelbagai pihak termasuk media antarabangsa apabila dikaitkan sebagai dalang di sebalik kehilangan pesawat MH370.

Malah, ada laporan merujuknya sebagai cuba membunuh diri tetapi dinafikan sekeras-kerasnya oleh keluarga beliau.

Pesawat MH370 membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada imbasan radar selepas berlepas dari Kuala Lumpur dalam penerbangan ke Beijing.

Pesawat Boeing 777200ER itu belum ditemui walaupun operasi pencarian besar-besaran dijalankan di selatan Lautan Hindi yang dipercayai tempat bersemadinya pesawat itu selepas melencong dari laluan asalnya.


Kapten Zaharie Ahmad Shah

The Australian melaporkan bahawa Fatima menjadi semakin rapat dengan Zaharie selepas mesyuarat sebagai sukarelawan politik pada pilihan raya umum pada tahun 2013.

Beliau berkata juruterbang berusia 53 tahun itu kerap melawat rumahnya dan sering membawa hadiah untuk anak-anaknya.

Bagaimanapun, Fatima berkata mereka tidak mempunyai sebarang hubungan sulit dan keputusannya untuk mendedahkan perkara ini kepada umum kerana mahu menangkis spekulasi bahawa Zaharie mungkin merampas pesawat tersebut.

“Ini bukan kisah cinta. Beliau seorang kawan. Kami hanya berkawan.

“Beliau berkata dirinya melihat saya mempunyai potensi dan mahu membantu membina masa depan yang lebih baik untuk diri saya dan anak-anak,” katanya.

Fatima mengakui beliau menolak semua pelawaan untuk ditemu-bual sejak hari malang pada 2014 itu kerana bimbang akan disalah tafsir dan mungkin juga menyinggung perasaan keluarga Zaharie.

Katanya, walaupun terdapat khabar angin mengenai hubungan persahabatan mereka, beliau menegaskan kedua-dua mereka rapat kerana anak-anaknya sayangkan Zaharie.

“Saya tidak fikir bahawa beliau mencintai saya. Saya percaya beliau sayangkan anak-anak saya. Apa juga anak-anak saya minta, beliau akan membelikannya untuk mereka.

“Saya berkata kepadanya, beliau perlu berhenti berbuat demikian kerana saya tidak memanjakan anak-anak. Dia akan berkata, ‘mereka hanya kanak-kanak’. Jadi, apa yang boleh saya simpulkan? Beliau sayang kanak-kanak,” katanya.

Julai lalu, sebuah majalah New York yang cuba menerangkan kehilangan pesawat MH370 mendakwa maklumat bocor daripada daripada siasatan mendapati wujudnya teori bahawa juruterbang itu cuba membunuh diri.

Mereka mendakwa Zaharie membuat perancangan, walaupun tidak serupa, dengan laluan MH370 yang dipercayai dibawa ke selatan Lautan Hindi pada simulator penerbangannya.

Pihak berkuasa mengesahkan maklumat yang bocor tetapi berkata laluan pada simulasi hanya satu “kemungkinan perancangan”.

Pesawat jenis Boeing 777200ER itu belum ditemui walaupun operasi pencarian besar-besaran dijalankan di selatan Lautan Hindi yang dipercayai tempat bersemadinya pesawat itu selepas melencong dari laluan asalnya.

sumber… malaysiakini dan bharian