no comments

Hubungan Makin Mesra Dan Makin Intim,Jong Kook Sudah Mula Ada Rasa Cemburu Bila Lelaki Lain Layan Ji Hyo. 13 Gambar Ini Bukti Mereka Berdua Sangat Rapat!!!

Hubungan Jong Kook iaitu Sparta di katakan semakin intim dengan Song Ji Hyo. Mereka berdua di katakan sudah tidak segan silu untuk menunjukkan kemesraan di luar set shooting atau dalam program RunningMan.

Ketika Gary masih ada dalam program RunningMan, Jong Kook di lihat tidalha terlalu rapat dan mesra dengan Ji Hyo. Namun sejak ketiadaan Gary dan ramai pihak yang menyatakan Jong Kook sesuai dengan Ji Hyo, mereka berdua di lihat semakin rapat dan di katakan intim dalam diam.

Jika dahulu Sparta menyatakan dia menganggap Ji Hyo sebagai ahli keluarga namun sekarang semuanya sudah berubah.

Dalam beberapa adegan sepanjang shooting RunningMan, mereka berdua di lihat saling dekat antara satu sama lain.

Dalam satu program Big Picture, Haha bersama Sparta sedang berbual dan Haha ada menelefon Ji Hyo. Ketika itu Ji Hyo menjawab panggilan Haha dan sedang berada di set shooting.Ketika menamatkan perbualan, Haha mengucapkan I Love You pada Ji Hyo.

Spart pun tiba-tiba bertanya, “Awak sayang Ji Hyo? Byul tahu ke?”. Haha menjawab “Abang, saya sayang Ji Hyo macam adik sendiri jelah”.Namun Jong Kook tidak berpuas hati kerana baginya Ji Hyo dan Haha secara teknikal bukan ahli keluarga.

Sikap Sparta yang berubah begitu menguatkan lagi spekulasi ramai bahawa dia sedang di lamun cinta dengan Ji Hyo. Jika dulu dia sendiri menganggap Ji Hyo sebagai ahli keluarga dan tidak tunjukkan rasa cemburu pada mana-mana lelaki yang mesra dengan Ji Hyo namun sekarang dia berubah 360 darjah hatta dengan Haha sekalipun. 🙂