no comments

‘Komen balas Abby Abadi terhadap kenyataan palsu yang dia telah meningal dunia’ – Post Berita Meninggal Dunia Di IG, Peminat Abby Abadi Terkejut

Sebelum ini pelakon dan penyanyi Abby Abadi sering dipuji oleh orang ramai kerana hubungan baiknya bersama keluarga bekas suaminya, Norman Hakim. Tetapi, semalam kita dikejutkan dengan perkhabaran bahawa Abby telah meninggal dunia.

Ini disebabkan oleh satu post yang telah dimuatnaik di Instagram Abby yang mengatakan pemilik akaun tersebut telah meninggal dunia. Rata-rata yang melihat post itu amat terkejut dan sedih apabila mendapat tahu tentang berita kematian ini.

Abby meninggal dunia?

Namun, jika dibaca kapsyennya sehingga habis, post tersebut hanyalah sekadar nasihat Abby kepada orang ramai supaya ingat akan kematian. Kapsyen yang mengatakan dia telah meninggal dunia itu hanyalah peringatan dan contoh semata-mata.

Terkejut dan berterima kasih

Dalam pada itu, peminat turut berterima kasih kepada Abby diatas nasihat dan peringatan yang berguna itu. Rata-rata bersetuju dengan nasihat yang diberikan oleh Abby kerana setiap yang hidup pasti akan mati. Islam juga berkata orang yang mengigati mati itu adalah orang yang bijak. Terima kasih diucapkan kepada Abby Abadi di atas perkongsian ini.

Tapi lain kali janganlah buat contoh macam ni lagi. Terkejut admin bila dapat berita macam ni. Semoga Abby dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dilindungi oleh-Nya.