no comments

‘Tiada Istilah Saya Nak ‘Overshadow’ Pengantin’ – Dikritik Baju Sama Warna, Farah Nabilah Beri Penjelasan

Baru baru ini kecoh di media sosial apabila Farah Nabilah dikatakan ‘overshadow’ Izara Aishah. Rata-rata netizen mempersoalkan warna baju Farah dan beranggapan ianya tidak sesuai kerana warnanya sama dengan pengantin.

Terbaru, menerusi Mstar Farah beri penjelasan mengenai kritikan itu. Dia sebagai pengapit mengaku baju itu bukan atas kehendaknya. Farah turut terkilan dengan tuduhan yang dilemparkan ke atas dirinya.

Kehendak Izara sendiri

Foto yang dimuat turun Kilafairy itu mendapat pelbagai respon netizen. Rata-rata menganggap baju Farah tidak sesuai untuk dipakai sebagai pengapit pengantin. Namun, sebenarnya pakaian itu bukan kehendak Farah. Dia sebagai pengapit hanya mengikut apa disuruh pengantin.

Tiada istilah saya overshadow

Farah turut memberitahu dia tidak rasa dia ‘overshadow’ kerana pelaminn dan hiasan juga putih. Selain itu, Farah turut berkata bahawa Izara yang mahu pengapit lelaki dan wanita memakai pakaian warna tersebut supaya kelihatan cantik dalam gambar.